Thursday, November 17, 2011

Ustaz Nor Azli [ustaz Taliban] 12 Nov

dppkkemaman2011 on 16 Nov 2011
Ceramah Perdana anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman pada 12 Nov 2011 di Dataran PASTI Adam, Mak Chili Kemaman

Friday, November 11, 2011

Mat Sabu: Wang negara kita bocor RM28,000juta setiap tahun!

Multaqa Pendakwah PAS

Multaqa Pendakwah seluruh Malaysia anjuran Lujnah Penerangan dan dakwah PAS pusat di Dewan Dr.Zulkifli, KUIZM, Taman Malewar.

Semoga majlis ini dapat melahirkan satu kesepakatan kepada tenaga Pendakwah untuk melahirkan satu mekanisma yang baru dalam usaha dakwah sesuai dengan zaman cyber ini.

Multaqa Pendakwah PAS pada 12 Nov
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 Nov: Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat akan mengadakan Multaqa Pendakwah PAS pada 12 November ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, KUIZM, Taman Melewar.

Pegawai Penerangan PAS Pusat, Mohd Shahir berkata, tujuan program itu diadakan ialah untuk menghimpunkan seramai mungkin para dai'e yang telah berada di medan dakwah bagi menyelaraskan tugas dakwah dan tarbiyah kepada masyarakat di samping memahami beberapa isu semasa yang berlaku dalam negara serta mencari kaedah berkesan bagi memenangkan perjuangan Islam di negara ini.

Katanya, beberapa amanat penting dalam ucaptama akan disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bakal membawa tajuk Pendakwah Sebagai Duta PAS pada sebelah pagi yang akan diikuti oleh pembentangan kertas kerja pertama oleh Dr Dzulkefly Ahmad bertajuk Isu-isu Besar Negara.

Kertas Kerja kedua pula akan dibentangkan oleh Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat bertajuk Hudud- Satu Keperluan, seterusnya Konsep Negara Berkebajikan akan dibentangkan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sehubungan itu, katanya jentera penerangan PAS di semua peringkat perlu menarik seramai mungkin para pendakwah di tempat masing-masing untuk menghadiri program itu.

“Semoga multaqa ini dapat mengeratkan silaturahim dan menjadi medan pertemuan para pendakwah tanah air dari pelbagai tempat dan latar belakang,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program multaqa itu, bolehlah menghubungi Ustaz Misbahul Munir Masduki, Setiausaha Penerangan PAS Pusat


****


Keindahan hudud bergantung kepada pendakwah

Harakahdaily
GOMBAK, 12 Nov: Keindahan hukuman hudud pasti akan terserlah jika seseorang pendakwah yang menerangkannya berkemampuan menyampaikannya dengan betul kepada sesuatu pihak, sejajar dengan keistimewaannya yang datangnya dari Allah.

Oleh itu, seseorang pendakwah perlu memainkan peranannya dengan baik bagi membolehkan kesemua pihak dapat memahami hukuman itu dengan betul yang terkandung pelbagai hikmah di dalamnya.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, pendekatan terbaik yang perlui digunakan oleh seseorang pendakwah dalam menerangkan hukuman hudud kepada orang ramai dengan mengambil contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasuilullah saw.

Menurutnya, suatu ketika, Rasulullah saw pernah didatangi seorang pemuda yang meminta kebenaran untuk berzina dan mengecualikannya dari hukuman hudud.

Katanya, meskipun tindakan pemuda itu agak keterlaluan, tetapi Rasulullah saw tidak memarahinya, sebaliknya dilayani dengan baik dengan pendekatan yang cukup bijak bagi menyelesaikan masalah itu.

"Rasulullah bertanya kepada pemuda itu, "Apakah kamu suka jika seseorang lelaki ingin berzina dengan adik perempuan kamu?" Lelaki itu menjawab, "Langkah mayat aku dulu."

"Kemudian Rasulullah bertanya lagi, "Apakah kamu suka jika ada seseorang lelaki ingin berzina dengan kakakmu?" Dan kemudian ditanya, "Apakah kamu suka jika seseorang lelaki ingin berzina dengan ibumu?" Dan kemudian jika dengan saudara-saudara perempuanmu?" katanya.

Menjawab pertanyaan peserta selepas membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Hudud Satu Keperluan" pada Multaqa Pendakwah PAS di KUIZM di Taman Melewar, di sini, hari ini, beliau berkata, kesemua pertanyaan Rasulullah itu dijawab oleh pemuda tersebut dengan tidak bersetuju.

"Malah jika seseorang lelaki itu ingin berbuat demikian terhadap keluarganya, seseorang itu mestilah melangkah mayatnya terlebih dahulu," jelasnya.

Pertanyaan Rasulullah itu, tambahnya, segera menyedarkan lelaki tersebut bahawa perzinaan adalah sesuatu yang amat hina dan mengundang pelbagai kemusnahan terhadap diri, keluarga dan masyarakat dan itulah sebabnya ia diharamkan oleh Allah.

Katanya, dengan itu, sebagai orang Islam dan manusia yang bermoral, pemuda itu segera sedar bahawa perbuatan itu juga mestilah dielakkan oleh belliau sendiri.

"Tindakan Rasulullah itu penuh dengan hikmah dan ia turut menggambarkan berapa indahnya hukum hudud yang diperintahkan oleh Allah untuk dilaksanakan ke atas orang yang berzina kerana di dalamnya penuh dengan hikmah pengajaran kepada seluruh manusia," katanya.

Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan hukum hudud penuh dengan kekerasan, tambahnya, jelas tidak berasas dan ia menunjukkan kejahilan individu terbabit mengenainya.

"Sebaliknya, hasil perbincangan saya dengan orang-orang bukan Islam dari DAP di Pulau Pinang baru-baru ini, mereka juga bersetuju jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini kerana diakui sendiri oleh mereka sebagai satu bentuk hukuman yang cukup baik," katanya yang juga Adun Manir, Terengganu.

Beliau merumuskan bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud sebagai manusia yang tidak bermoral yang sememangnya hidup bergelumang dengan maksiat walaupun mengaku beragama Islam.

"Itulah sebabnya mereka tidak bersetuju dengan hukum hudud kerana jika dilaksanakan ditakuti akan dikenakan ke atas mereka sendiri," ujar beliau.

Ucapan Presiden PAS Lancar Kelab Pacuan Empat Roda PAS Marang.wmv

Sunday, November 6, 2011

Khutbah Aidil Adha 1432H - ustaz Nasrudin bin Hassan [Pemuda PAS]

http://pemuda.pas.org.my



الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, اللـه أكبر كبيراً والحمد للـه كثيراً وسبحـان الله بكرةً وأصـيلاً.
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستهديه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله
فلا مضلل له، ومن يضلله فلا هادي له.
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، الذى بلَّغ الرسالة وأَدَّ الأمانة ونصح الأمة وكشف الله به الغمة وتركَنا على المحجة البيضاء ليلها كنهارها ولا يزيغ عنها الا هالك. صلاةً وسلاما على نبينا المصطفى وعلى آله وصحبه أجمعين ،ثم أمــا بعد؛
فيا عباد الله، اتقوا الله, أوصيكم وإياي بتقوى الله ، فقد فاز المتقون،
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مسلمون
Sidang muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah Taala sekalian.
Marilah sama-sama kita melafazkan rasa syukur kepada Allah Taala kerana dengan rahmat dan kasih sayangnya, kita diberikan peluang oleh Allah Taala untuk terus menghirup udara tanpa sebarang bayaran , lantas memungkinkan kita untuk bertemu dengan Idul Adha yang merupakan satu simbul kemenangan umat Islam. Lafaz talbiah yang diucapkan oleh para tetamu Allah di bumi Makkah:

لبيك اللهم لبيك لبيك لا
شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك
merupakan satu ikrar yang mengandungi janji setia seorang hamba terhadap Khaliqnya untuk menjadi seorang yang akan taat, tunduk dan patuh tanpa berbelah bagi , tanpa ada di sana unsur syirik yang menduakan Allah dalam segala segi.
Ruh ucapan talbiah ini di samping takbir yang kita lafazkan sepanjang hari tasyrik ini , sepatutnya bukan sekadar menanam ucapan di bibiran semata-mata namun wajib untuk kita fahami maksud dan pengertiannya , yang pastinya membuahkan kekerdilan jiwa seorang insan di hadapan keagungan tuhan.
Takbir yang dilafazkan pasti menghidupkan hati untuk memikirkan betapa besar dan agungnya Allah tuhan sekalian alam. Allah yang kita sembah, kita puji, kita agung-agungkan, kita nyatakan dihadapanNya kelemahan kita.
Nabi Musa Kalimullah yang satu ketika dahulu berada dalam keadaan tersepit antara lautan yang terbentang di hadapan dan Firaun yang di mengejar di belakang. Tiada daya seorang manusia untuk menyelamatkan diri ketika itu melainkan hanya menyerahkan sepenuh pengharapan kepada Allah , lantas Allah membantu kekasihNya dengan menghancurkan si taghut yang bongkak menyatakan رَبُّكُمُ الْأَعْلَى أَنَا dengan menenggelamkan seluruh bala tentera Firaun laknatullahi alaih.
Utusan terakhir, Rasulullah kekasih hati ketika dalam suasana yang sangat menyesakkan nafas mukmin dan muslim yang diasak oleh paduan kekuatan kuffar dalam peperangan Khandak, tiada daya dan usaha seorang manusia yang boleh melepaskan kaum muslimin ketika itu yang keadaan mereka umpama telur di hujung tanduk namun Allahlah yang telah menghancur dan melenyapkan kekuatan musuh dengan memberikan kemenangan kepada golongan mukmin yang tabah berada di bawah panji-panji Islam yang dikibarkan oleh baginda rasul SAW.
Maha Suci Allah yang sangat gagah menghancurkan tipu daya musuh. Maha Suci Allah yang sangat gagah dalam memberikan kemenangan kepada hambaNya yang beriman.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
Itulah hakikat kebesaran Allah dalam memporak-perandakan setiap perancangan jahat golongan yang ingin memastikan agama Allah mampu untuk dibunuh dan diperkotak-katikkan namun seakan musuh Allah lupa bahawa cahaya Allah akan terus menjuarai setiap pertempuran walau sehebat manapun perancangan seorang yang bernama manusia.
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Mereka mahu memadam cahaya agama Allah dengan mulut - mulut mereka , tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya agamanya .
Generasi penggerak kebangkitan Islam akan datang
Setiap kali kita menerima tanggal 10 Zulhijjah, pastinya lembaran silam akan bermain di lubuk sukma , memutarkan kembali kisah seorang hamba Allah yang taat melaksanakan perintah Al-Rabb , di samping kesabaran seorang anak dan seorang ibu dalam mematuhi perintah Allah.
Betapa agung keluarga ini yang sanggup membuang resah hati seorang insani demi erti sebuah ketaatan. Allah berfirman di dalam Al-Quran menyatakan ketulusan hati Nabi Ibrahim :
وَمَنْ يَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَنْ سَفِهَ نَفْسَهُ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ * إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ
bermaksud:
Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah terdiri dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Berserah dirilah (kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Bayangkan wahai kaum muslimin suasana ketika Allah memerintahkan nabi ini untuk menyembelih anak kesayangannya sendiri, Ismail Alaihimassalam.
Sungguh perintah ini sangat menyayat hati. Hati ayah manakah yang akan tergamak menyembelih darah dagingnya sendiri? Hati ibu manakah yang tidak akan tersentuh apabila anak kesayangannya ditakdirkan mati di tangan suaminya sendiri. Seakan dunia ini sudah tidak punya ertinya lagi seandainya kehidupan ini dilalui tanpa insan tersayang.
وَا حَسْرَةً للْفَتَى ساعَــ ـةً يَعِيشُها بعد أحِبَّائـهِ
عُمْرُ الفَتى لو كان في كَفِّــه رَمَى به بعد أوِدَّائـهِ

alangkah sedihnya bagi seorang yang menemui satu ketika, · dia hidup tanpa kekasihnya di sisinya, · kalaulah nyawa itu berada di tapak tangan, · pasti kan dilemparkan apabila kekasih sudah tiada.

Namun apabila di sana berlaku pertembungan antara tuntutan Allah dan runtunan jiwa, mukmin sejati akan pasrah dan tunduk memuliakan perintah penciptanya. Itulah yang berlaku dalam keluarga soleh ini.
Si ayah melemparkan rasa kasihannya demi kerana Allah.
Si ibu tega menyeka air matanya semata-mata rindu kepada cinta Allah.
Si anak sabar dalam menghadapi ujian kematian semata-mata kerana redha dan menyakini bahawa diri ini adalah kepunyaan Allah.
Namun Allah tidak berlaku zalim terhadap hambanya. Arahan yang dikeluarkan hanya untuk mencuit hati insan sepanjang zaman agar menginsafi erti sebuah pengorbanan.
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ من الصابرين
Yang bermaksud:
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.
Persoalannya adakah kita benar-benar meletakkan ketaatan kepada Allah melebihi segala-galanya? Adakah benar kita telah menjadi seorang yang mempraktikkan ikrar setia harian kita إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ dan ia benar-benar terlaksana?
Kita sedih dengan apa yang menimpa generasi Muslim yang kian parah jati dirinya. Akhlak yang merudum, keperibadian yang kian bernanah memburukkan lagi usaha untuk mencari redha Allah.
Budaya ikhtilat ( pergaulan bebas ) yang menyemarakkan api nafsu di kalangan muda mudi yang sunyi daripada syariat Islam semakin menjadi-jadi. Sang jejaka sudah tidak segan silu untuk menodai sang gadis demi cinta kononnya . Kemudahan teknologi dan tamaddun modern yang ada , digunakan bagi memohon murka dan kebencian Allah.
Filem-filem lucah dan separa lucah yang mempamirkan aksi berahi sudah jadi sebati dengan jiwa rakyat Malaysia hari ini. Budaya melihat aurat wanita dalam rancangan televisyen seakan tiada mengapa. Kita semakin lupa bahawa mata dan panca indera yang lain merupakan amanah Allah yang akan ditanya di akhirat kelak.
Terbaru isu kempen hidup bebas melampaui sempadan agama melalui Festival Seksualiti Merdeka 2011, sebuah kempen ke arah dunia bebas bagi golongan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender [LGBT]. Tanpa mempeduli sensitiviti beragama di kalangan masyarakat dalam negara kita, kumpulan ini tampil berani secara terbuka melancarkan kempen ke arah penyimpangan seksual.
Budaya untuk mengimarahkan rumah Allah semakin dipinggirkan. Rumah Allah sepi tanpa dihiasi dengan solat berjemaah tanda kepatuhan kepada Allah , seakan-akan tidur dan cinta dunia, lebih besar daripada menyahut panggilan Allah. Malah rumah Allah semakin sepi dan dikunci, sedangkan lokasi-lokasi maksiat tetap tersenyum bongkak meratah akhlak dan jiwa seorang muslim.
Akhlak dan moral kian runtuh dan luntur dari ummat Islam. Lebih parah apabila pemimpin - pemimpin ummat Islam yang diberi amanah untuk mentadbir negara dan mengurus ekonominya turut dilanda penyakit keruntuhan akhlak dan moral. Mereka dijangkiti virus rasuah, pembaziran, penipuan, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, rakus dan tamak haloba seperti tidak pernah menunjuk tanda beransur pulih.
Mentadbir dan mengurus tanpa mengambil kira soal syurga dan neraka serta dosa dan pahala. Segalanya bertunjangkan kemahuan nafsu dan syahwah. Pencabulan hak seperti dibanggakan kononnya itu tanda mereka kuat dan berkuasa.
Apakah ini hasil tarbiah atau didikan yang kita timba dalam setiap lembaran 10 Zulhijjah yang menjelma. Apakah ini tanda bahawa ruh pengorbanan nabi Ibrahim sekeluarga sudah mampu untuk kita realisasikan dalam kehidupan kita sehari-hari? Adakah ini model terbaik kepada satu peribadi yang bakal menjadi galang ganti kepada perjuangan para nabi? Nabi SAW menyatakan:
فَوَاللَّهِ ‏ ‏مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ الدُّنْيَا عَلَيْكُمْ كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا ‏‏ ‏‏ تَنَافَسُوهَا فَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ
Demi Allah! Bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan bakal menimpa kamu tetapi aku aku takut seandainya kamu akan dibentangkan dunia di hadapanmu lantas kamu bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya sebagaimana umat sebelummu berusaha untuk mendapatkan dunia lantas dunia menghancurkan kamu sebagaimana dunia telah menghancurkan umat sebelum kamu.
Sudah sampai masanya kita kembali menyatakan ketaatan kita kepada Allah dengan meninggalkan perkara-perkara mungkar yang semakin membarah di kalangan kita agar Allah memberikan peluang kepada kita untuk dipilih menjadi penggerak ummah bertuah ini.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
Allah berfirman:
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ * فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ * إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Ibadah korban yang disyariatkan pada hari raya Idul Adha ini merupakan simbolik kepada memperingati pengorbanan yang luar biasa yang dipersembahkan oleh Nabi Allah Ibrahim sekeluarga. Korban di sisi Islam dilaksanakan semata-mata mengharap redha Allah Taala berbeza dengan korban yang dilaksanakan oleh masyarakat jahiliyyah yang dipersembahkan kepada Al-Lata dan Al-Uzza.
Allah tidak menginginkan darah serta daging binatang yang disembelih namun keikhlasan yang lahir daripada hambaNya akan menganugerahkan penerimaan ibadah tersebut. Manifestasi pengorbanan ini perlu diserapkan untuk mendarah daging dalam setiap jiwa umat Islam.
Namun, seandainya kita meneliti realiti keadaan umat Islam hari ini, kita akan dapati betapa jauhnya mereka dengan nilai pengorbanan yang meletakkan kemahuan Allah itu di puncaknya. Umat Islam sangat parah dengan pelbagai penyakit yang membawa mereka jauh daripada kasih sayang Allah.
Mereka dihinggapi dengan penyakit krisis keyakinan terhadap kemampuan Islam sebagai jawapan dalam semua permasalahan. Betapa ramai di kalangan umat Islam yang tidak mahu berjuang untuk meletakkan Islam kembali dijulang. Islam dianggap sebagai upacara keagamaan semata-mata. Islam dianggap tidak mampu menyelesaikan masalah kenegaraan, politik, ekonomi, sosial dan undang-undang.
Teori ortodok memisahkan agama daripada kehidupan masih dianuti tanpa sedar. Ulamak dipersenda. Kata-katanya dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Budaya hiburan tanpa batasan Islam semakin menular di dalam jiwa muda-mudi Islam. Ulama bisu cuba untuk memesongkan agama Allah semata-mata kerana sekelumit habuan dunia . Agama Allah cuba untuk dicabuli.
Undang-undang Allah dianggap sebagai undang-undang rimba yang hanya membawa negara kepada kemunduran. Murtad semakin menjadi-jadi. Zina semakin rutin.
Apakah umat seperti ini yang diharapkan bakal memartabatkan Islam? Adakah golongan ilmuan Islam yang tergamak mengkhianati ilmunya ini yang diharapkan bakal memimpin tangan masyarakat untuk kembali mencari redha dan kasih ilahi?
Demi tuhan Kaabah! Mereka bukan harapan yang ditunggu-tunggu. Mereka bukan pewaris perjuangan para anbia dan para mursalin. Allah melaknat golongan yang cuba untuk memutarbelitkan Islam dengan akal dan nafsu dangkal mereka sebagaimana Allah melaknat golongan ulamak jahat Bani Israil yang sanggup untuk menokok tambah Al-Taurah dan Al-Injil semata-mata mengharapkan secebis nikmat dunia yang sementara.
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ * كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ * تَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ
Yang bermaksud:
78] Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
[79] Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.
[80] Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (Neraka)
Demi tuhan Kaabah! Allah sama sekali tidak akan memberikan kemenangan kepada umat Islam selagi mana ummat ini tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah. Allah akan terus menjadikan umat ini hina di sisi musuh selagi mana mereka masih lagi betah untuk mengabdikan kehidupan mereka dengan sistem jahiliyyah moden rekaan tangan-tangan manusia yang dicipta tanpa mengambil peduli kehendak Allah Rabbul Alamin.
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.
Kata pujangga:
إذا الإيمانُ ضاع فلا أمانَ
ولا دنيا لِمَنْ لمْ يُحْيِ ديناَ
ومَنْ رَضِيَ الحياةَ بغير دينٍ فقد جعل الفَناءَ له قرينَا
· apabila iman sudah lenyap maka tiada lagi erti keamanan,
· dan sesungguhnya tiada erti kehidupan dunia bagi orang yang tidak mendirikan agama,
· sesungguhnya orang yang redha menjadikan kehidupan dunianya sunyi daripada agama,
· dia telah menjadikan kehancuran itu sebagai teman karibnya.
Sesungguhnya kita ini merupakan satu ummat yang dimuliakan oleh Allah semata-mata kerana Islam. Apabila kita cuba untuk mencari kemulian selain daripada Islam maka yakinlah bahawa kita akan dihina oleh Allah Taala.
Wahai hamba Allah. Wahai insan yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah. Adakah kamu mengambil segala apa yang berlaku ini sebagai satu tarbiah dan tazkirah buat diri kamu? Adakah kamu masih lagi berasa aman daripada kemurkaan Allah?
Adakah kamu tidak memikirkan langsung walau sejenak bahawa Allah mampu untuk menghancurkan kamu dan insan sekelilingmu , lantaran maksiat dan perderhakaan yang kamu persembahkan kepada Rabbul Alamin? Apakah kamu masih menyangka bahawa azab yang pedih daripada Allah yang pernah ditimpakan kepada umat sebelummu seakan-akan satu dongengan yang tidak akan sama sekali menimpamu?
أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا بَيَاتًا وَهُمْ نَائِمُونَ * أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَى أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ * أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ
[97] Patutkah penduduk negeri-negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?
[98] Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?
[99] Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر
Insafilah duhai teman yang bakal menjadi pewaris perjuangan para nabi dan rasul agar kita benar-benar berusaha untuk menjadi hamba Allah yang berusaha untuk membentuk syakhsiah yang terpuji. Pasakkan kembali ruh pengorbanan Nabi Ibrahim, Ismail dan Hajar di sanubari kita.
Berusahalah untuk kalian meraih cinta abadi daripada Rabbul Izzati dengan usaha gigih meninggalkan segala sifat cela yang hanya akan mengundang benci dan murka dariNya.
بارك الله لي ولكم فى القرآن العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم إنه هو السميع العليم
Khutbah kedua
الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, الله أكبر، الله أكبر, اللـه أكبر كبيراً والحمد للـه كثيراً وسبحـان الله بكرةً وأصـيلاً
أشـهد أن لا إلـه إلا اللـه وحـده لا شـريك لـه وأشـهد أن محـمداً عـبده ورسـوله والصـلاة والسـلام على رسـول اللـه وعلى ألـه وصـحبه أجـمعين ثم أمــا بعـد,
فيا عباد اللـه اتقـوا اللـه أوصـيكم وإياي بتقوى اللـه فقـد فـاز المتقـون .
Wahai hamba Allah yang beriman kepada aqidah Islam yang Maha Suci. Marilah kita sama-sama memikirkan nasib umat Islam pada hari ini yang memerlukan kebangkitan menyeluruh dari ummat Islam, membebaskan diri dari lingkaran belenggu jahiliah moden.
Allah swt mampu untuk memberikan kemenangan kepada umat Islam apabila umat bertuah ini sudah sedar dan mahu kembali menyandang amanah jihad bagi memastikan kitab Allah dan sunnah RasulNya kembali menjuarai sistem kehidupan sejagat.
Pada hari yang mulia ini juga, marilah kita sama-sama berselawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.,
قـال الله تعالى: إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تسليما
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما صليت على سيدنا ابراهيم وعلى آل سيدنا ابراهيم، وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما باركت على سيدنا ابراهيم وعلى آل سيدنا ابراهيم فى العالمين انك حميد مجيد،
اللهم اجعل جمعنا هذا جمعاً مرحوماً، وتفرقنا من بعده تفرقاً معصوماً، ولا تجعل فينا ولا معنا ولا حولنا شقيا ولا مطرودا ًً،
اللهم إنا نسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى، اللهم اجعلنا من الذاكرين لك فى الليل والنهار، والمستغفرين لك بالعشى والأسحار
اللهم انصر الاسلام والمسلمين، اللهم انصر إخواننا المجاهدين فى كل مكان, أللهم انصر إخواننا المجاهدين فى كل زمان, أللهم انصر إخواننا المجاهدين فى فلســـــــــــــــــــــــطين و في مصر و في تنيسيا و في ليبيا و في يمن و في سوريا و في سودان و في عراق
أللهم انصر إخواننا المجاهدين فى شيشان, وفى كشمير , وفى أفغانستان ، وفى أوطاننا ياألله يا رحمــن، يا رحيــم, يا أرحم الراحمين
اللهم إنا نجعلك فى نحور أعدائنا, ونعوذبك من شرورهم , اللهم بدد شملهم , وفرق جمعهم , وشتت كلمتهم , وزلزل أقدامهم , وسلط عليهم كلبا من كلابك, ياقهار, ياجبار, يا منتقم ياأللـــــــــــــــــــــــه
أللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الأحزاب اهزمهم وانصرنا عليهم
أللهم يا ودود , يا ودود , يا ودود , يا ذا العرش المجيد , يا مبدئ يا معيد , يا فعالا لما يريد ,
نسئلك بنور وجهك الذى ملأ أركان عرشك , وبقدرتك التى قدرت بها على جميع خلقك, ورحمتك التى وسعت كل شيء , يا حى يا قيوم , لآإله إلا أنت , يا غياث المستغيثين أغثنا , يا مغيث , يا مغيث , يا مغيـث ,
أللهم حرر الأقصى على رايات الإيــــــــمان وصيحة التكبيـــــــــــــــــــــر ,
أللهم أهلك الظالمين بالظالمين , وأخرجنا من بينهم سالمين,
أللهم أهلك اليـــــــهود ومن والاهم , رحمـك يا ربنا بالمسلمين المستضعفين فى فلســـــــــــــــــطين وفي مل بلدة ظُلِم المسلمون فيها يا قوى يا متين , ونحن يا ربنا لا نملك للمسلمين المستضعفين إلا الدعاء .
أللهم هذا الدعــــــــــــــــــــاء وعليك الإجـــــــــــــــــــــــــــــابة . اللهم اجعل هذا البلد آمناً مطمئناً سخاءً رخاءً وسائر بلاد المسلمين اللهم اغفر المؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم والأموات إنك سميع مجيب الدعاء.
عباد الله.......... إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذى القربى وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغى يعظكم لعلكم تذكرون. فاذكروا الله يذكركم واشكروا على نعمه يزدكم ولذكر الله أكبر والله يعلم ما تصنعون.
أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


disediakan oleh :
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Perutusan Aidiladha 1432H : Haji mampu satukan ratusan bangsa dunia

http://presiden.pas.org.my


Ditulis oleh Presiden PAS
Isnin, 07 November 2011 09:48
ALLAHUAKBAR, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilham.

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT yang masih lagi mempertemukan kita dengan hari raya Aidiladha ini. Suatu perayaan dalam agama Islam yang terkenal dengan ibadah haji dan korban yang dilakukan oleh umat Islam.

Sebahagian daripada kita ketika ini, sedang berhimpun di Padang Arafah daripada ratusan bangsa dan negara seluruh dunia, semuanya sujud kepada Allah SWT. Memberi makna yang jelas ketundukan kita kepada Pencipta iaitu Allah SWT dan melambangkan kesatuan Islam yang mampu menyatupadukan ratusan bangsa yang sangat majmuk di seluruh dunia.

Begitu juga dengan ibadah korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS yang patuh dan tunduk kepada perintah Allah, telah menatijahkan kemenangan besar yang Allah berikan dalam berhadapan dengan pemerintah zalim Namrud pada ketika itu.

Kepatuhan dan pengorbanan dalam perjuangan, akan membuahkan pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka dalam memberi kemenangan kepada Islam. Sekali gus memberi hasil yang baik kepada dunia yang sejahtera dan adil untuk semua termasuklah kepada masyarakat bukan Islam.

Kita berharap, sambutan hari raya ini akan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah, dengan mematuhi perintah yang diwajibkan Nya dalam seluruh aspek kehidupan sebagai individu dan masyarakat, juga negara bagi memastikan dunia ini selamat dan diri kita juga selamat di akhirat apabila bertemu Allah SWT.

Mewakili PAS, saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha dengan seruan supaya kita bersama meningkatkan kepatuhan kepada perintah Allah.

TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

http://presiden.pas.org.my