Sunday, November 18, 2012

Perbahasan Ucapan Dasar Penggulungan (playlist senarai video)

SILA KLIK `playlist' pada video untuk melihat video2 seterusnya

 

Ucapan penangguhan Muktamar (Presiden PAS)



 Sempena Muktamar Tahunan PAS Kali ke-58 yang merupakan muktamar terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengeluarkan arahan khusus kepada ahli dan pimpinan parti PAS.

6 arahan tersebut ialah:

1. Mengarahkan semua petugas, ahli dan pimpinan PAS untuk sentiasa menggenggam matlamat perjuangan untuk Islam, memurnikan fikrah perjuangan, tidak leka
, tidak melaksanakan perkara yang merugikan perjuangan, seterusnya tidak mencelarukan fikrah dengan urusan yang tidak penting.

2. Mengarahkan agar semua jentera parti : dewan - dewan, lajnah, negeri untuk menumpukan perhatian kepada kerja pilihanraya, dengan ikrar untuk mempertahankan negeri yang ditadbir menerusi muafakat Pakatan Rakyat, dan seterusnya melebarkan ke negeri lain, hinggalah ke pemerintahan Pusat.

3. Menyeru kepada semua Kerajaan negeri di bawah PAS bersama Pakatan Rakyat - menggunakan masa yang tinggal ini untuk menyelesaikan urusan rakyat, teruskan kerja kebajikan; tanpa meninggalkan gerakerja parti hingga ke peringkat bawah dalam masyarakat.

4. Mengarahkan kepada semua pihak dalam parti, supaya berada di tahap bersiap-siaga yang paling tinggi untuk menghadapi Pilihanraya umum ke-13 – di mana kita akan berdepan dengan mainan nakal serta provokasi media dan BN yang terus menerus melaga-lagakan pimpinan PAS ke tahap yang tidak dapat kita bayangkan, akan terus memporak-perandakan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat sebagai langkah untuk melemahkan saf dan semangat kita. Jangan mundur, jangan terkeliru. Dengarlah panduan dan kenyataan rasmi yang diberikan oleh pimpinan tertinggi dari masa ke semasa. Semua pihak dalam parti perlulah mengelakkan diri dari melakukan kesilapan yang meremehkan kita di hadapan rakyat.

5. Mengarahkan kepada semua pihak dalam parti supaya melaksanakan tugas pilihanraya masing-masing dengan penuh hikmah, mengajak rakyat untuk berubah - bukan memusuhi rakyat, bertemu, bercakap dan menulislah dengan bahasa yang difahami oleh mereka, semuanya dengan penuh keikhlasan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

6. Mengarahkan kepada semua saf kepimpinan dan ahli, marilah sama-sama kita mengeratkan ukhuwwah sesama kita, dan terus memperkukuhkan hubungan hablun minallah semua petugas dan ahli PAS sebagai senjata yang akan menguatkan semangat berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari Allah SWT serta bertawakkal kepada Nya. Suasana menghadapi pilihanraya janganlah menjadi penghalang kepada memperbanyakkan amal ibadat, solat, puasa sunat, bermunajat yang akan menjadi benteng dalam perjuangan kita ini kerana kemenangan Islam adalah kurniaan Allah SWT.


Friday, November 16, 2012

LIVE langsung dari Muktamar http://muktamar58.pas.org.my

http://muktamar58.pas.org.my

SILA LIHAT VIDEO DI SEBELAH KANAN

Ucapan Dasar Muktamar 2012 [video rakaman dan teks]






http://muktamar58.pas.org.my/

http://muktamar58.pas.org.my/index.php/muat-turun/cat_view/6-ucapan-dasar


NEGARA BERKEBAJIKAN TERAS PERPADUAN
‫الحمد هلل حمدا الحامدين , وحمدا الشاكرين ,وحمدا يوافي نعمه ويكافي مزيده , يا ربنا لك الحمد كما‬
‫ينبغي لجالل وجهك وعظيم سلطانك . أشهد أن ال إله إال هللا وحده ال شريك له , له الملك وله الحمد‬
‫وهو على كل شيء قدير . وأشهد أن محمدا عبده ورسوله , البدر الدجى والسراج المنير . اللهم وصل‬
‫وسلم وبارك على محمد أشرف األنبياء والمرسلين , وعلى آله وصحبه أجمعين , ومن سار على نهجه‬
‫إلى يوم الدين‬

Yang Dihormati Pengerusi Tetap, YAB Tuan Guru Dato‟ Mursyidul „Am, Sohibul
Fadhilah Dato‟ Timbalan Mursyidul „Am, Ashab al-Fadhilah Ahli Majlis Syura
Ulamak, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Dewan Ulamak,
Pemuda dan Muslimat, Dato‟ Setiausaha Agung dan seluruh Ahli Jawatankuasa
Harian, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS
Negeri dan Wilayah Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan-Dewan, Ketua
dan Ahli Jawatakuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS, pimpinan dan rakan-
rakan dari Pakatan Rakyat, NGO, pengamal media cetak dan elektronik, seluruh
para perwakilan dan pemerhati, muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.
Saya ucapkan selamat datang ( ‫ (أهال وسهال ومرحبا بكم‬kepada semua para perwakilan
dan tetamu yang datang dari seluruh pelusuk tanahair tercinta dan luar negeri. Saya
juga mengalu-alukan kehadiran kali pertama ahli-ahli baru PAS ke muktamar ini,
dari kalangan rakyat, artis dan karyawan, ahli sukan, tokoh akademik, mantan
pegawai kanan kerajaan, tokoh korporat dan masyarakat, dan semua kalangan
yang ingin bersama PAS membawa mesej Islam ke dalam negara kita ini.

Sesungguhnya kehadiran tuan-puan sekelian, akan memeriahkan muktamar kita,
menyuntik semangat dan merapatkan saf angkatan perjuangan menegakkan Islam
yang menjadi rahmat Allah kepada seluruh alam, ketika seluruh dunia merayu
kepada penyelamat, kerana dilambung gelombang krisis kemanusiaan dalam
segala lapangan.

Negara kita juga tidak terkecuali dalam keadaan yang sama. Cukuplah rakyat
menjadi saksinya, apabila UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional, culas
dalam melaksanakan amanah, tidak menepati janji – dengan jelasnya tidak
menghormati perjanjian hasil petroleum di negeri-negeri sehingga tergamak
menindas majoriti rakyat beragama Islam di negeri Kelantan dan Terengganu
khususnya, dengan menafikan hasil minyak yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Pertumbuhan ekonomi negara pula dijana dengan bebanan hutang RM502 billion,
iaitu menghampiri siling 55 peratus nisbahnya kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) negara manakala defisit fiskal telah melepasi 15 tahun berturut-turut.
Ini memberi makna, bahawa kerajaan UMNO-BN telah berbelanja besar dari
pendapatan sejak sekian lama. Sedangkan, Bank Dunia telah mengiktiraf Malaysia
sebagai sebuah negara antara yang paling kaya dari segi jumlah sumber per
kapitanya. Inikah contoh perbelanjaan cemerlang kerajaan Barisan Nasional ? Inilah
hakikat yang kita saksikan di depan mata kita sendiri pada hari ini. Semuanya ini
dilakukan tanpa memikirkan kesannya kepada kesejahteraan hidup generasi yang
akan datang.

Kita juga saban ketika dihidangkan dengan skandal yang sarat dengan berbagai
penyelewangan. Terkini, Laporan Audit Negara 2011 membuat pendedahan Projek
Rumah keluarga Angkatan Tentera, di mana bajet yang digunakan adalah hampir
RM1.3 billion kerana menyimpang dari kos asal hasil dari perlbagai kelemahan,
selain dari kelemahan sistem runding-terus yang juga mendapat kritikan dari Ketua
Audit Negara.

Keseluruhan kuasa politik lebih 50 tahun ini telah disyaitani menusia yang
menganggap dirinya maha suci daripada segala kesalahan dan kelemahan, jauh
sekali dari keinsafan, walau pun terdedah dengan nyata kezaliman di sana-sini,
pentadbiran yang bercelaru, sistem ekonomi tidak mensyukuri nikmat dan mengula-
gulakan rakyat tanpa penyelesaian masalah sebenar. Merebaknya penyelewengan,
maksiat dan jenayah besar dan kecil tanpa undang-undang yang mendidik rakyat
dan menakutkan penjenayah yang degil.

Ketika ini kita berada dalam lingkungan alam yang tetap berubah, walaupun di
bawah kerajaan yang berselindung di sebalik tembok besi paling kebal dalam
sejarah manusia, namun tetap akan menemui ajalnya mengikut pusingan alam
dunia. Allah menjadikan kerajaan ini silih berganti untuk menguji kita, kita diajar
bahawa tidak ada kerajaan yang kekal dan mutlak melainkan kerajaan Allah SWT.
Kita perlu meyedari bahawa politik adalah ujian terhadap manusia, sama ada
menegakkan kerajaan yang diredhai Allah apabila menegakkan Islam yang adil
terhadap semua atau mendapat kemurkaannnya kerana memilih yang lain
daripadanya. Dalam hal ini, PAS sangat komited untuk memacu perubahan ke arah
mendapat keredhaan Allah SWT, menjadikan Islam sebagai asas perjuangannya,
dengan keanjalan sistem Islam yang sesuai di sepanjang zaman dan tempat
dengan merujuk kepada al-Quran, Sunnah, Ijma‟ dan Qiyas berdasarkan aqidah
ahlus-Sunnah wal-jamaah; serta berpandukan kepada fiqhus-siyasah dalam
tindakannya.

Inilah yang menjadi teras perjuangan PAS, setelah kita melihat UMNO yang
menjadi parti teras Barisan Nasional gagal untuk mendaulatkan Islam dan telah
menunjukkan contoh yang tidak baik kepada rakyat keseluruhannya sehingga
berulat dengan rasuah ribuan juta ringgit, dan terkini rasuah politik RM40 juta di
Sabah, salah guna kuasa, ketidakadilan dalam masyarakat dan sebagainya. UMNO
juga gagal memperkasakan orang Melayu dengan Islam yang sebenar, selain dari
gagal menunjukkan contoh Islam yang sebenar kepada rakyat, dengan membiarkan
orang Islam dalam negara ini dicabar dan diperkotak-katikkan dengan hujah yang
biadap oleh pimpinan MCA yang menjadi sekutu rapat UMNO dalam Barisan
Nasional.

10. Dalam masa yang sama, UMNO juga mempergunakan kalangan tertentu ulama
sebagai terompah yang dipakai ke sana-sini, jauh sekali berbeza dengan PAS yang
membawa konsep kepimpinan ulama dalam menentukan halal-haram tindakan dan
dasar perjuangannya. Ahli-ahli PAS juga berbeza dengan UMNO-BN, dengan kita
menjadikan maqasid-siyasi ini sebagai amanah untuk mendaulatkan syariat Islam,
bukannya menjadikan peluang pemerintahan untuk berebut pangkat dan harta
negara.


TEMA MUKTAMAR

11. Pada hari ini, PAS menyambung kerja dakwah – tarbiyah – siyasah, mengajak
rakyat dengan bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat. Muktamar yang lalu
kita kemukakan tema:

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN.

Ramai kalangan
lawan dan pemerhati tersalah anggap, sehingga membuat kenyataan terbuka,
bahawa PAS sudah menyeleweng daripada matlamat perjuangan menegakkan
Islam. Anggapan ini adalah kerana mereka tidak memahami bahasa al-Quran dan
terpengaruh dengan bahasa asing “welfare state” yang menafsirkan kebajikan
dengan makna yang sempit.

12. Maka bagi muktamar kali ke-58 ini, dikemukakan tema: NEGARA BERKEBAJIKAN
TERAS PERPADUAN. Tema ini dikemukakan kerana perpaduan umat menjadi
cabaran terkini diseluruh dunia, di negara masing-masing atau diperingkat antara
negara dan bangsa. Perpaduan dalam negara kita pula tidak akan wujud dengan
laungan 1Malaysia yang diselang-selikan dengan tiupan angin perkauman sempit
dan tindakan yang menekan rakyat berbilang agama dan bangsa yang wujud dalam
negara kita. Perpaduan dan rahmat inilah yang menjadi tujuan kepada Islam,
sebagai risalah akhir zaman oleh Rasulullah SAW yang berbeza dengan para rasul
sebelumnya . Allah berfirman :
.‫األنبياء‬
     
Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam. (an-Nisa’ : 107)

13. Kebajikan adalah tajuk kepada ajaran Islam yang menyeluruh. Baca dan fahamilah
firman Allah :
              
Maksudnya : Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada ‫( الخير‬kebajikan), dan menyuruh berbuat segala perkara yang
makruf (baik), serta melarang daripada segala yang munkar (buruk dan keji). dan
mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya.

14. Para ulama tafsir al-Quran menegaskan bahawa ‫( الخير‬kebajikan) itu ialah seluruh
ajaran Islam yang dibawa dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dengan maksud
Islam yang sempurna dan ajarannya yang menyeluruh. Ini dihuraikan secara
terperinci oleh al-Quran dan Sunnah, di antaranya firman Allah :
‫ زلزلة‬             
Maksudnya : Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah (paling halus), nescaya
akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat
zarah (paling halus), nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

15. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap amalan manusia dikira dan dihisab, sama ada
urusan ibadat atau urusan kehidupan dunia semata-mata, semuanya tetap berkait
dengan hukum Islam. Seterusnya Rasulullah SAW menyenaraikan dengan
sabdanya :
ٌ
ٌ
‫سبعة يظلهم هللا في ظله يوم ال ظل إال ظله: إمام عادلٌ، وشابٌ نشأ في عبادة هللا عز وجل، ورجل قلبه‬
ٌ
ٌ
ٌ
،‫معلق بالمساجد. ورجالن تحابا في هللا اجتمعا عليه، وتفرقا عليه، ورجل دعته امرأةٌ ذات حسن وجمال‬
ٍ
ٍ
ٌ
ٌ
‫فقال: إني أخاف هللا، ورجل تصدق بصدقةٍ، فأخفاها حتى ال تعلم شماله ما تنفق يمينه، ورجل ذكر هللا‬
ٌ
.)‫خاليا ً ففاضت عيناه . (متفق عليه‬
(Ada tujuh jenis manusia, di mana Allah memayunginya pada hari Kiamat nanti,
pada yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungannya : Pemimpin yang
adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Tuhannya, orang yang hatinya
sentiasa bergantung ke masjid, dua sahabat yang berkasih sayang kerana Allah,
seorang yang bermoral sehingga diajak oleh wanita yang rupawan dan bangsawan
melakukan maksiat, lalu dia menolak kerana takutkan Allah, seorang yang terlalu
pemurah memberi sumbangan dan seorang yang berzikir ingatkan Allah di tempat
sunyi sehingga berlinang matanya)

16. Kebajikan pertama ialah pemimpin yang adil yang disebut siyasah (politik)
mentadbir urusan negara dengan Islam yang adil untuk semua. Maha Adil adalah
sifat wajib bagi Allah dan termasuk di kalangan nama-nama Tuhan (al-Asma al
Husna). Allah mewajibkan berlaku adil kepada hamba Nya dan mengharamkan
kezaliman. Adil dalam pemerintahan negara tanpa mengira kawan dan lawan
adalah kebajikan pertama, kerana besar cabarannya dan hebat perjuangannya,
serta banyak kebajikannya. Seorang penyair Arab menegaskan :
‫أحسن إلى الناس تستعبد قلوبهم ... فطالما استعبد اإلنسان إحسان‬
‫وإن أساء مسيء فليكن لك في ... عروض زلته صفح وغفران‬
.)‫(أبي الفتح البستي‬
(Berbuat kebajikanlah terhadap manusia, nescaya engkau menundukkan hati-hati
mereka. Maka seringkali manusia itu tunduk kepada kebajikan terhadapnya. Jika
orang yang jahat melakukan sesuatu kejahatan terhadapmu, maka jadikan sifat
yang baik menghilangkan kejahatannya ialah kemaafan dan keampunan)
17. Konsep adil dalam Islam adalah tawaran PAS kepada rakyat, kerana dengan
keadilan Islamlah maka Islam bangkit mencapai kejayaan di zaman Islam berdaulat,
mentadbir negara awal yang mengandungi masyarakat majmuk dan masyarakat
madani. Risalah ini dinyatakan oleh Firman Allah :
                   
.‫ النساء‬        
Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala
jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum
dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran
yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi
sentiasa melihat. (an-Nisa’ : 58)

18. Hanya berkebajikan yang berkonsepkan adil untuk semua dapat menyatukan hati
manusia majmuk, mewujudkan perpaduan tulen, kerana manusia itu adalah
makhluk yang bernyawa, berperasaan dan berakal. Setiap manusia yang saksama
akal dan perasaannya tetap menerima kebajikan yang berteraskan keadilan.
Ketepikan manusia yang tamak haloba yang buruk sifat-sifatnya dan tidak berperi
kemanusiaan. Kita ingin memerintah dengan adil berdasarkan konsep kebajikan
yang diterima secara sejagat tanpa paksaan menganut Islam. Saksikanlah bahawa
perjuangan Rasulullah SAW pada awalnya didukung oleh penganut Islam dan juga
turut disertai oleh kalangan bukan Islam yang menentang kezaliman.

19. Inilah dia seruan dan perjuangan kita dengan pujian Allah SWT kepada orang-orang
yang beriman :
                 
  
                  
              
. ‫ فصلت‬  
Maksudnya : Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri
mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari
orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah) !". Dan tidaklah sama
(kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah
(kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik. Apabila engkau
berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu,
dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat
yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang
yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh
orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau
meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Fusshilat : 33-36)

20. Maka parti syaitan dan yang dikuasai syaitan di dalamnya, tidak mampu
menegakkan kebajikan yang bernama adil terhadap semua. Marilah kita menyahut
seruan Allah dan melaksanakannya :
                
‫ المائدة‬             

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa
menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan
kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil
(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan
bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.

21. Dalam Negara Berkebajikan ini, semua pihak akan berlumba-lumba melakukan
kebajikan, iaitu kebajikan kerajaan terhadap rakyatnya, manakala rakyat pula
membantu kerajaan, maka mewujudkan hubungan saling mengerjakan kebajikan
antara miskin-kaya, majikan-pekerja, dan sebagainya. Sifat adil yang dilaksanakan
dalam Negara Berkebajikan ini adalah amal kebajikan yang membuahkan kasih
sayang di kalangan manusia, sehingga merapatkan hubungan di antara pemimpin
dan rakyat, serta menjalinkan hubungan baik di kalangan sesama rakyat,
seterusnya menarik musuh kepada insaf sehingga menjadi kawan dan sahabat
yang setia.

22. Dalam masa yang sama, seluruh pendukung dan ahli PAS mestilah menghayati
dengan bersungguh-sungguh dasar yang dibawa dalam muktamar kali ini, dengan
menjadikan syarat kebajikan dan amalan ikhlas kerana Allah sebagai paksinya,
tidak hanyut dari berpegang kepada Islam yang menjadi matlamat perjuangan kita,
menyusun strategi dan gerakerja secara tersusun, dan bersedia untuk berdepan
dengan rakyat secara terbuka dalam membawa mesej kita ini.

Tuesday, November 13, 2012

MUKTAMAR PAS KE 58








PEMUDA PAS LIVE

http://webtv.pas.org.my/v2/

Dewan Pemuda ( Saluran 1 )
















Muktamar ke 58 merupakan ijtimak terakhir
parti sebelum menghadapi PRU ke 13. Jadikan ia
medan meningkatkan semangat jihad dalam
meneruskan usaha memenangkan perjuangan
Islam di Malaysia. PAS yakin perwakilan akan
menggunakan kesempatan ini untuk saling
mengukuhkan gerakerja, mengemaskan jentera
dan meningkatkan pengorbanan seluruh ahli.
Muktamar diadakan sempena bulan hijrah bagi
mengigatkan pimpinan dan ahli kesukaran Rasul
dalam mempertahankan Islam sehingga menuntut
pengorbanan yang besar seluruh pihak muhajirin
dan ansar. Pemilihan bulan Muharam sebagai
bulan Muktaramar mempunyai matlamat
terselindung agar dapat dihayati oleh seluruh
perwakilan dan pemerhati. Inilah masa terbaik
menggerakan semangat dan pengorbanan. Marilah
kita hayati ucapan Presiden sebagaimana para ...

IJTIMA' TARBAWI DPPNT @USTAZ KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Ijtima' Tarbawi DPPNT : Kuliah Jumaat Tuan Guru Abdul Hadi Awang

IJTIMA' TARBAWI DPPNT @USTAZ RHIDUAN MOHD NOR

IJTIMA' TARBAWI DPPNT @ustaz Nik Abduh

IJTIMA' TARBAWI DPPNT @USTAZ ZAHARUDDIN BIN MOHAMAD