Thursday, September 29, 2011

SAMBUTAN 60 TAHUN PAS

SAMBUTAN 60 TAHUN PAS

Sempena sambutan 60 tahun PAS itu pada 30 September akan berlangsungnya solat Maghrib dan hajat di Dewan Millenium, Kepala Batas P. Pinang, bersama dua tokoh besar PAS iaitu Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Manakala pada malam yang sama juga forum perdana diadakan dengan tajuk 'PAS: Pembangkang dan Pemerintah Penyelamat Umat'. Antara ahli panelnya ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Salahudin Ayub, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Pada keesokan harinya, 1 Oktober jam 9.00 pagi, perasmian kongres Sambutan 60 Tahun PAS akan berlangsung dan diikuti pada sebelah petang berbagai program Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak termasuk pertandingan motorsikal klasik yang menggunakan plat 'PAS'.

Sementara itu sebelah malamnya akan diadakan 'Rapat Umum Perdana' yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengeruasi dan Setiausaha Agung DAP, Karpal Singh dan Lim Guan Eng yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Ceramah Mohd Sabu Hotel Emas Tawau 2011 part 2

Friday, September 9, 2011

Mat Sabu - Mat Indera



Konvensyen Negara Berkebajikan untuk semua : tawaran PAS













Sabtu 10 September
KUIZM, Melewar
8 pagi - 5 petang

ceramah malam

download buku >>>

Konsep Asas Negara Berkebajikan
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

"PAS menerima hakikat masyarakat majmuk
dan menjadikannya peluang keemasan bagi memperkenalkan NEGARA BERKEBAJIKAN
yang berkonsepkan ADIL UNTUK SEMUA
dengan Kepimpinan Islam
yang menekankan perpaduan kaum
berasaskan persaudaraan kemanusiaan
yang diwajibkan oleh ISLAM"

Ringkasan ciri NB
Perbezaan NB dan Negara Kebajikan (Welfare state)

Negara Berkebajikan mengikut Petunjuk Quran
NB melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar

NB dalam al Quran
Kerajaan yang angkuh dan zalim

NB dan Tahaluf Siyasi
Tawaran PAS
Agenda PAS ganti UMNO

Mat Sabu..jelaskan isu ganas utusan.. 8 Sep (MAT INDERA pejuang)



jaga BRITISH bukan jaga rakyat!

KEMERDEKAAN menurut ISLAM - bebas menyembah ALLAH, bebas dari perhambaan kepada makhluq






Forum Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan