Saturday, April 9, 2011

Cikgu Mala di Felda Kumai 7 April 2011





Majlis 3 dalam 1 itu berjaya menarik kehadiran kira-kira 1,000 orang.


PROGRAM PKU KUMAI 7 APRIL 2011.

Dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, disusuli program solat hajat dan munajat memohon perlindungan Allah s.w.t dari bahaya fitnah yang sedang melanda negara. Program ini dianjurkan oleh NGO Saf Anti Fitnah (SAF). Difahamkan ianya dianjurkan serentak di lebih 1,500 premis di seluruh negara pada malam tersebut.

Program berikutnya adalah pelancaran Buku Jingga & Buku Bencana BN Dalam Pentadbiran Negeri Pahang yang telah disempurnakan oleh Ybhg. Encik Hashim Abdullah, Setiausaha Penerangan PAS Pahang.

Pada majlis ini, penyerahan simbolik Buku Jingga untuk edaran ke seluruh Parlimen Bera dilakukan oleh Presiden ANAK merangkap AJK PAS Pusat kepada YDP PAS Bera Ustaz Sulaiman Mohd.

Seterusnya, Setiausaha Penerangan PAS Pahang Encik Hashim Abdullah telah menyerahkan Buku Bencana BN dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang untuk edaran di Parlimen Bera. TYDP PAS Bera merangkap Bendahari PAS Pahang Sdr Musaniff Abdul Rahman menerimanya bagi pihak PAS Kawasan Bera.

Program pada malam tersebut diteruskan dengan sessi ceramah penerangan isu-isu semasa. Penceramah-penceramah yang diundang adalah Naib Ketua AMK Malaysia Sdr. P. Saravanan, Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebagsaan (ANAK) Sdr. Mazlan Aliman, Bekas Calon PAS PRK Dun Tenang Cikgu Normala Sudirman dan artis terkenal Bob Lokman.

Terdahulu, Ustaz Sulaiman Mohd menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak PAS Kawasan manakala Encik Hashim Abdullah menyampaikan penerangan ringkas tentang Buku Jingga dan melancarkannya untuk edaran bagi penduduk Bera

No comments:

Post a Comment