Sunday, June 12, 2011

Politik Islam - ceramah isu semasa

markaz PAS seksyen 18 Shah Alam

Ustaz Riduan Mohd Nor (Ketua Penerangan Pemuda PAS)
Ustaz Nik Mohd Abduh (Timbalan Ketua Pemuda PAS)

minit ke 4 (rakaman ustaz Nik Abduh bhg 2)

antara isi negara Islam ialah KEBEBASAN








KEBEBASAN (Kemerdekaan) untuk memilih
pangkal kepada Negara Islam yang melaksanakan Keadilan Sosial dan Hukum Allah

konsep Negara Berkebajikan
al Birr
al Adil
al Ihsan

Keadilan sosial (Masyarakat) SOCIAL JUSTICE

*ajaran ISLAM perintahkan KEADILAN SOSIAL, membantu mereka yang malang dan menderita.

*rujuk surah al Maaun
PENDUSTA AGAMA termasuklah orang yang mengherdik anak yatim, dan enggan memberi makan kepada orang MISKIN ....

*surah al Baqarah 177
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa

No comments:

Post a Comment