Sunday, July 17, 2011

Pemergian Dr Lo'lo' Ghazali (ahli Parlimen Titiwangsa PAS )






Salam takziah ditujukan kepada seluruh ahli keluarga almarhumah YB Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali atas pemergian beliau pada pukul 10.45 malam tadi (17 Julai 2011) di Hospital Selayang. Al-fatihah untuk srikandi mujahidah. Semoga arwah ditempatkan bersama kekasih-kekasih Allah. Al-Fatihah - daripada YB Zailah & Dewan Muslimat PAS Pusat.

Dr. Lo' Lo' meninggal sebentar tadi

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.


YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Bagi pihak kepimpinan Pas disemua peringkat dan seluruh ahli-ahli Pas, kami mengucapkan takziah kepada keluarga YB Dr Lo'Lo' Ghazali diatas pemergian beliau sebentar tadi. Semoga Allah merahmati almarhumah dan meletakkan beliau bersama dengan orang-orang yang soleh. Semoga keluarga dan para pendokong perjuangan ini diberi kesabaran oleh Allah swt.


http://wfauzdin.blogspot.com/2011/07/pesanan-dari-allahyarhamah-dr-lo-lo.html

http://en.harakahdaily.net/index.php/headline/3153-dr-lolo-dies-of-cancer.html

http://en.harakahdaily.net/index.php/headline/3154-dr-lo-lo-the-pearl-who-lived-up-to-her-name.html


Pemergian Dr Lo’ Lo’ sangat dirasai

KUALA LUMPUR, 18 Julai: PAS merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ke rahmahtullah malam tadi. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli PAS dan juga rakyat, terutamanya penduduk-penduduk kawasan Titiwangsa yang mengenali beliau, kerana beliau merupakan seorang pejuang yang sangat gigih dalam memperjuangkan cita-cita Islam.

Katanya, ketabahan beliau menghadapi penderitaan kanser yang dihadapinya amat dikagumi sehingga di saat himpunan Bersih 2.0 minggu yang lalu, beliau masih memberikan semangat agar semua turun bagi memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan bersih.

“Kita doakan agar Allah mencucuri rahmat dan inayah-Nya kepada beliau dan juga kesabaran kepada seluruh anak-anak dan keluarga beliau di atas pemergiannya,” ujarnya.

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamuha Dr Lo' Lo'.





http://www.facebook.com/pages/YB-Dr-Lolo-Bt-Mohd-Ghazali/163872951468

http://www.facebook.com/mutiara1

No comments:

Post a Comment