Monday, March 26, 2012

Jika PAS ke Putra Jaya [Nik Mohamad Abduh]

Nik Mohamad Abduh
Jika PAS ke Putra Jaya;

1) Dakwah kepada perlaksanaan sistem Islam yang syumul akan diteruskan
seperti perjuangannya hari ini. Tidak undur
walau setapak..

2) Malah, dengan hak dan kebebasan yang dipraktiskan bersama dalam
kerajaan baru PR, PAS meyakini mampu
memperkasakan dakwah kepada Islam yang syumul dengan lebih sempurna.

3) Dengan sokongan kerajaan PR, PAS meyakini dasar-dasar Islam dalam
sistem pemerintahan yang adil akan dilaksanakan
secara tadarrujberperingkat melalui kaedah siasah syar'ieyah yang
benar dan berkaliber.

4) PAS akan menjadi pemain utama di dalam memperkasakan hak-hak
majoriti umat Islam di dalam negara, di samping

5) turut memastikan hak-hak non-muslim yang terangkum di dalam
pengajaran Islam yang adil dan dipersetujui bersama
dipelihara dan dijamin.

6) Syura PAS akan terus menjadi pemerhati dalam parti di dalam
meluruskan hala tuju perjuangan PAS di dalam
pemerintahan bersama kerajaan tahaluf yang syar'ie.

7) Sebarang perselisihan dengan rakan-rakan dalam kerajaan PR, PAS
akan menjadi pemain utama dan rakan terbaik
mencari penyelesaian dengan penuh akhlak dan integriti.

8) Pendidikan Islam kepada generasi baru dan anak-anak muda akan
menjadi dendangan utama PAS dengan menampilkan
pendekatan paling disenangi dan diterima oleh mereka.

9) Bersama rakyat memperjuangkan demokrasi tulen kerana ia adalah
sebahagian sistem politik Islam yang syumul yang
memperkasakan hak rakyat di dalam memilih pemimpin negara yang bebas.

10) Memahami bahawa sebuah kerajaan baru memerlukan nafas yang panjang
dan kesabaran yang tinggi demi kejayaan.

Jom, tukar dan ubah!

No comments:

Post a Comment