Saturday, April 7, 2012

TG NIK AZIZ @ Siaran Langsung Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Pahang dari Kuantan Pahang

Zulkifli Sulong,
08 Apr 2012
10,000 sertai majlis kutipan dana PAS Pahang
KUANTAN, 8 April: Lebih 10,000 menyertai majlis ceramah anjuran PAS
malam tadi di pekan Batu 12, dekat sini. (Gambar kiri)
Perhimpunan untuk mengumpul dana Pilihan raya Umum ke-13 berjaya
mengumpul hampir RM20,OOO sumbangan daripada para hadirin.
Selepas jam 12 malam apabila majlis ceramah berakhir, para petugas
masih belum selesai menerima wang sumbangan untuk dana itu.
Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS mengirimkan satu
sampul surat khas berisi wang walaupun tidak dapat hadir kerana masih
berehat selepas mengadu sakit dada.
Beliau mengirimkan Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin
Daud untuk menyampaikan duit sumbangan itu dan menggantikan
beliau untuk berucap.
Turut berucap malam tadi adalah Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan di samping
Ketua PKR dan DAP Pahang.
Orang yang paling gembira malam tadi adalah Datuk Tuan Ibrahim
apabila menyaksikan orang penuh sesak dalam program itu.
Isu utama adalah kilang Lynas yang sedang menyemarakkan
kemarahan penduduk Kuantan.
(Gambar kanan: Para petugas dan anggota Unit Amal mengira
sumbangan orang ramai.)
"Dulu saya ingat nak buang sisa Lynas ini ke Putrajaya tetapi
nampaknya tak jadilah sebab kita nak duduk sana pula lepas ini," kata
Tuan Ibrahim disambut sorakan takbir dari orang ramai yang
kebanyakannya Melayu itu.
Mohd Nassuruddin Daud dalam ucapannya pula menumpukan tumpuan
kepada menerangkan fitnah yang dibuat pemimpin BN terhadap
Kelantan.
"Masa Najib ke Sabah, dia kata Kelantan paling miskin. Sebenarnya
negeri yang paling miskin di Malaysia adalah Sabah.
"Semasa saya ceramah di Sabah, saya kata kat orang Sabah, saya akan
jadikan pulau Gaya yang penuh dengan rumah air yang miskin tu
menjadi pulau paling bergaya jika Pakatan perintah negara.
"Kita boleh buat ni dengan menaikkan royalti minyak ke 20 peratus
kepada Sabah di samping Kelantan, Terengganu dan Sarawak," kata
Nassuruddin yang marah dengan tindakan kerajaan pusat yang
menyekat royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.
Siaran Langsung Pelancaran Dana Pilihanraya PAS Pahang dari
Taman Sri Mahkota Aman Kuantan Pahang hanya di
http://tvmakmur.com

No comments:

Post a Comment