Sunday, July 15, 2012

HIMPUNAN HIJAU @WILAYAH PERSEKUTUAN 14 JULAI http://kuliahceramahPAS.blogspot.com


Pelakon Adam Hamid pula sertai PAS
Ahad, 15 Jul 2012 06:33
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah muda,
Adam Hamid menyerahkan borang keahlian PAS
kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk
Tuan Ibrahim Tuan Man, malam tadi,
Borang keahlian itu diserahkan beliau pada
program Himpunan Hijau ke Putrajaya
peringkat Wilayah Persekutuan, di Kelab Sultan
Sulaiman, Kampung Baru.
Adam, yang berlakon dalam filem Pontianak
Harum Sundal Malam (1), dan Bujang Senang itu
menyerahkan borang keahliannya di hadapan
kira-kira 2,000 hadirin yang menyertai
himpunan tersebut.
Pengarah drama Bella, Jelatang, Rahsia Biarlah
Rahsia itu juga turut disarungkan baju T Hijau
Menuju Putrajaya, selain dikemaskan dengan
mafla PAS.
Penyertaan Adam dalam PAS itu disambut
dengan tepukan dan laungan takbir daripada
hadirin yang memenuhi padang di kelab
bersejarah itu.
Sementara itu, pentas ceramah malam tadi
dipenuhi dengan ucapan-ucapan semangat
daripada pemimpin PAS dan tokoh-tokoh
seperti bekas pemain bola kebangsaan, bekas
pegawai kanan kerajaan dan bekas tentera.
Dalam masa sama, pelancaran Pertubuhan
Sekretariat Kebjikan Bekas Angkatan Tentera
(Kerabat) peringkat Wilayah Persekutuan
disempurnakan pengerusinya, Ahmad Nazari.
Selain itu, pelancaran Himpunan Hijau menuju
Putrajaya peringkat Wilayah Persekutuan turut
dilancarkan dengan pelepasan belon dan
percikan mercun dan bunga api yang ditaja oleh
seorang penyokong PAS.
Selain ceramah, sebuah puisi 'Kulihat Hijau'
turut dideklamasikan Ketua Pemuda PAS
Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan yang
memukau para peserta himpunan.
Program tersebut berakhir kira-kira jam
12.30 malam.
Sebelum itu, pada sebelah pagi, PAS Wilayah
Persekutuan turut melancarkan Himpunan Hijau
menuju Putrajaya di Putrajaya dengan
pelepasan konvoi bermotor Ekspresi Anak Muda
ke Putrajaya.

No comments:

Post a Comment