Friday, September 7, 2012

Himpunan Hijau Sarawak














http://pas-miri.blogspot.com


Alhamdullillah, PAS Sarawak telah berjaya menarik orang ramai ke majlis "Himpunan Hijau ke Putrajaya" di tapak kawasan perumahan di jalan Brighton Miri Sarawak. Miri telah diberi amanah sebagai mewakili PAS Sarawak sebagai tuan rumah pada majlis tersebut. Kedatangan Datuk Sri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama rombongan pimpinan PAS Pusat telah disambut hangat di lapangan terbang Miri pada hari ahad yang lalu.

Antara kejutan pada malam "Himpunan Hijau PAS Sarawak" seperti yang diwar-warkan sebelum ini oleh PAS adalah penerimaan borang keahlian DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) dari beberapa buah rumah panjang dalam kawasan Sibuti. Ramba mewakili DHPP Sarawak telah menyerahkan borang keahlian PAS kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi pada malam tersebut.

Sekarang masyarakat bukan Islam sudah dapat menerima PAS sebagai wadah perjuangan sebab mereka yakin dengan dasar perjuangan PAS walaupun PAS sebagai parti Islam. Mereka melihat PAS sebagai sebuah parti yang membela semua lapisan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Siapa sangka kalau dulu PAS dianggap sebagai sebuah parti yang ektrimis tetapi apabila rakyat yang bukan beragama Islam mendekati dan memahami perjuang Islam yang dibawa oleh PAS, mereka mulai sedar yang selama ini mereka mendapat gambaran yang salah tentang perjuangan PAS.

Tanpa ada perasaan ragu mereka terus memberi sokong kepada perjuangan PAS. Inilah perubahan yang sangat ditakuti oleh pihak musuh. Pihak musuh berusaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan mencipta berbagai-bagai fitnah dan melaga-lagakan Pakatan supaya berpecah dan mudah bagi pihak musuh untuk terus berkuasa.

Kita yakin pihak musuh akan memainkan isu agama dan bangsa untuk menakutkan pengundi di Sarawak agar terus menyokong mereka.  Walaubagaimana pun kita yakin rakyat Sarawak bukannya bodoh dan mudah dibeli dengan wang ringgit semata-mata untuk mendapat laba yang bersifat sementara.

Kalau rakyat Sarawak mudah dibeli dengan wang ringgit adalah malang sekali bagi rakyat Sarawak umpama tanah hilang, hidup merempat di tanah sendiri. Hanya mereka yang tidak mempunyai fikiran yang waras saja sanggup mengadai tanah air sendiri tanpa memikir akan nasib keturunan mereka pada masa akan datang. 
Antara lain yang juga menyertai PAS adalah salah seorang motivator yang agak terkenal berasal dari Lundu, Kuching Sarawak ustaz Muhamad Rashidi Abdullah. Beliau berketurunan Bidayuh salah satu suku kaum yang terdapat di Sarawak.  Sekarang masih menetap di Pengadang Baru, Kuala Terengganu di Terengganu dan sering kali datang ke Sarawak untuk mengajar dan memberi motivasi kepada pelajar di Sarawak. Beliau bersedia untuk memberi sepenuh tenaga beliau untuk PAS di Sarawak dan menyeru agar rakyat Sarawak bersedia untuk berubah kearah yang lebih baik lagi.

Diantara pimpinan yang hadir pada majlis tersebut ialah Datuk Sri Tuan Guru  Haji Abdul Hadi Presiden PAS, Dr Hatta Ramli Ahli Parlimen Kuala Krai, Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin HassanTantawi, Datuk Salleh Jafarudin mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak, DAP, PKR dan juga wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak.

Dalam majlis tersebut juga Tuan Guru  Haji Abdul Hadi ada memberi sedikit penerangan tentang hudud yang menjadi isu sekarang dimana katanya isu hudud hanya melibatkan orang Islam dan sekiranya orang bukan Islam mahu menerima perundangan Islam ianya tidak menjadi masalah, kalau mereka tidak bersedia maka mereka boleh memilih perundangan yang ada sekarang mengikut kepercayaan masing-masing. Islam tidak memaksa penganut agama lain untuk menerima Islam sebab Islam adalah agama yang adil untuk semua.

Semoga dengan adanya kerjasama yang erat dalam Pakatan,impian rakyat untuk menuju dan menawan Putrajaya akan menjadi kenyataan. Rakyat yang berhak untuk memilih kerajaan yang mereka yakini boleh memberi kesejahteraan dan keamanan kepada Negara.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak


 

No comments:

Post a Comment