Monday, March 26, 2012

Jika PAS ke Putra Jaya [Nik Mohamad Abduh]

Nik Mohamad Abduh
Jika PAS ke Putra Jaya;

1) Dakwah kepada perlaksanaan sistem Islam yang syumul akan diteruskan
seperti perjuangannya hari ini. Tidak undur
walau setapak..

2) Malah, dengan hak dan kebebasan yang dipraktiskan bersama dalam
kerajaan baru PR, PAS meyakini mampu
memperkasakan dakwah kepada Islam yang syumul dengan lebih sempurna.

3) Dengan sokongan kerajaan PR, PAS meyakini dasar-dasar Islam dalam
sistem pemerintahan yang adil akan dilaksanakan
secara tadarrujberperingkat melalui kaedah siasah syar'ieyah yang
benar dan berkaliber.

4) PAS akan menjadi pemain utama di dalam memperkasakan hak-hak
majoriti umat Islam di dalam negara, di samping

5) turut memastikan hak-hak non-muslim yang terangkum di dalam
pengajaran Islam yang adil dan dipersetujui bersama
dipelihara dan dijamin.

6) Syura PAS akan terus menjadi pemerhati dalam parti di dalam
meluruskan hala tuju perjuangan PAS di dalam
pemerintahan bersama kerajaan tahaluf yang syar'ie.

7) Sebarang perselisihan dengan rakan-rakan dalam kerajaan PR, PAS
akan menjadi pemain utama dan rakan terbaik
mencari penyelesaian dengan penuh akhlak dan integriti.

8) Pendidikan Islam kepada generasi baru dan anak-anak muda akan
menjadi dendangan utama PAS dengan menampilkan
pendekatan paling disenangi dan diterima oleh mereka.

9) Bersama rakyat memperjuangkan demokrasi tulen kerana ia adalah
sebahagian sistem politik Islam yang syumul yang
memperkasakan hak rakyat di dalam memilih pemimpin negara yang bebas.

10) Memahami bahawa sebuah kerajaan baru memerlukan nafas yang panjang
dan kesabaran yang tinggi demi kejayaan.

Jom, tukar dan ubah!

Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang : Bersama Pakatan Rakyat menuju Putrajaya

Musrsyidul Am Tuan Guru Nik Aziz : Rakyat Sabah perlu buat perubahan

Ahli Parlimen PAS

Pemimpin kena belajar, faham

konvokesyen ILHAM

Sunday, March 25, 2012

Monday, March 19, 2012

IKHLAS DALAM PERJUANGAN ISLAM

yang berkata tentang ikhlas, ada yangRamai
mempertikaikan keikhlasan seseorang, ada pula yang
mendakwa tindakannya dibuat secara ikhlas. Apa
sebenarnya ikhlas? Benarkah manusia, khususnya umat
Islam di dunia kini terlalu kurang keikhlasan? Ikhlaskah
diri kita dalam berdakwah, berpolitik,

http://www.tarbawi.my/index.php/inspirasi/manhaj-dakwah/220-ikhlas-cabaran-meniti-pendakwah

Friday, March 16, 2012

TAFSIR QURAN @ PERANG BADAR @ PERJUANGAN ISLAM

PERANG BADAR
menang walau lemah

PERANG UHUD
kalah kerana langgar perintah
merebut harta rampasan lalu tinggalkan pertahanan
pihak musuh menyebarkan khabar angin
pecah belah

TAFSIR AYAT QURAN
SURAH ALI IMRAN 3:123-127

http://quran.com/3/123-127

ALLAH SWT BERI BANTUAN DAN KEMENANGAN

SABAR DAN TAQWA
DALAM PERANG MENGHADAPI MUSUH

mati syahid
berjuang tidak takut
berani

pejuang islam jangan berduka
walau lemah bilangan sedikit

jangan takut pada musuh kuffar walau mereka kuat dan lebih berkuasa

ISLAM MELINDUNGI
dalam perang

BERJUANG
BERJIHAD

MAJLIS MAKAN MALAM 16MAC

Ini lalah emel daripada (Dewan Muslimat PAS Pusat) dihantar oleh AZHARAWANG@YAHOO.COM (AZHARAWANG@YAHOO.COM). Anda mungkin dapati capaian berikut menarik: http://muslimat.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=333:majlis-makan-malam-bersama-pemimpin-membangun-negara-berkebajkan&catid=1:terkini&Itemid=63

Tuesday, March 13, 2012

MEMBINA KETAHANAN UMMAH @ PEMERINTAH BERKUASA KEKAYAAN

>> FADZIL NOOR

PEMIMPIN UMNO BN BERKUASA
KAYA HARTA NEGARA
>> RAKYAT MISKIN TERTINDAS

MEMBINA KETAHANAN UMMAH @ ISLAM UNTUK SEMUA

FADZIL NOOR
PILIHANRAYA RAKYAT PILIH ISLAM
UNTUK KEADILAN DAN KESEJAHTERAAN SEMUA

MEMBINA KETAHANAN UMMAH @ KEIMANAN DAN KEYAKINAN

> YUSOF RAWA
> PERUBAHAN KE ARAH ISLAM
> KEIMANAN DAN KEYAKINAN
> ALLAH RASUL DAN QURAN

Re: MEMBINA KETAHANAN UMMAH

YUSOF RAWA
PERUBAHAN KE ARAH ISLAM
KEIMANAN DAN KEYAKINAN
ALLAH RASUL DAN QURAN

Monday, March 12, 2012

FUTUR @ PENYAKIT DI JALAN DAKWAH (penyakit umat islam)

kecewa
lesu
malas
maksiat
jahil
tamak
lalai

AL ISTI'JAL MENDORONG PENYAKIT AL
FUTUR
AKADEMI TARBIYAH DPPM
Category: Manhaj Haraki
28 May 2011

Seorang da'ie, hendaklah sentiasa
mengawal dirinya dari bersikap Al Isti'jal,
atau dalam erti kata yang lain melakukan
persediaan gerakan Islam ini perlu seperti lebah
mentadbir sarangnya, di mana lebah terus
berfungsi dan bergerak cergas tanpa sebarang
pengabaian walaupun seketika sama ada siang
atau malam. Mereka sama sekali tidak
mengabaikan setiap peluang yang diperolehi.
Apabila hasil diperolehi ia diterima dengan penuh
ketenangan dan keselesaan. Jangan sama sekali
bertindak gopoh ke atas sesuatu yang belum tiba
masanya.
Sememangnya usaha memartabatkan Islam
sering kali dicemari dengan pelbagai anasir asing
yang pada hakikatnya di luar kerangka ajaran
Islam itu sendiri. Kita biasa mendengar suara-
suara bersemangat dan penuh emosi
mencanangkan agar Islam kembali didaulatkan
dengan apa cara sekalipun. Semangat berkobar-
kobar untuk melihat Islam kembali tertegak dalam
masa singkat lantas mendorong tingkah dan
perilaku gopoh dan terburu-buru yang akhirnya
mengundang fitnah dan kebinasaan.

BACA PENUH
http://tarbawi.my

Saturday, March 10, 2012

PEMUDA PAS GERAKAN ISLAM (artikel)

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti?amal Islami?ke arah mencapai cita-cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah Taala sehingga ia mampu mengatasi ideologi ciptaan manusia. Penyertaan PAS dalam medan siasah (politik) adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah Taala di atas muka bumi ini. Manakala siasah PAS adalah siasah Islamiyyah yang mesti dikayakan dengan adab, akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah RasuliLlah S.A.W. Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tatacara yang telah dimaktubkan, maka pelanggaran terhadap prinsip-prinsip tersebut dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS.


Tugas dan tanggungjawab PAS jauh lebih besar dari hanya sekadar berpolitik. Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami, PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan memimpin fikrah (pemikiran), syakhsiah (peribadi) dan ruhiyyah (spiritual) masyarakat. Justeru itu, kurangkanlah politiking sesama sendiri yang hanya mengheret kita bersengketa dan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan keuntungan kepada perjuangan sebaliknya menjadikan kita retak dan pecah. Berikan tumpuan kepada usaha pengukuhan gerak kerja dan mempelbagaikan aktiviti ke arah memahamkan masyarakat terhadap Islam yang kita perjuangkan.


Tidak hanya menumpukan isu-isu politik sehingga memperlahankan tempo dalam gerak kerja dan aktiviti amal Islami yang lain seperti pemantapan aqidah dan fikrah.

Jangan biarkan sebarang kemelut melintasi ruang jamaah kita sehingga ia merosakkan penumpuan dan keikhlasan kita terhadap amanah perjuangan. Keasyikan berpolitik dan keghairahan bersaing di dunia politik kini kelihatan banyak melahirkan pemimpin dan anggota parti yang tidak lagi menumpukan tanggungjawab asas sebagai seorang pejuang Islam. Telah ramai pemimpin dan anggota jamaah yang mengabaikan solat berjamaah, menjauhkan diri dari majlis-majlis ilmu, tidak lagi melazimi usrah. Ucapannya pula tiada lagi hikmah, sebaliknya kasar dan keras. Tindakannya gelojoh, egonya tinggi dan hanya merasa diri sahaja yang bijak dan pandai. Gemar bertelingkah dan suka memfitnah. Melakukan dosa tanpa sedar ia berdepan murka dan kutukan Allah Taala.

Sebagai contoh mudah, apabila jamaah dan anggotanya dilanda badai dan kemelut, tiada lagi usaha untuk bermunajat dan solat hajat agar keadaan tenang dan terkawal. Sebaliknya berlumba-lumba menyalakan lagi isu yang sedia membara di dalam sidang media dan sebagainya.

Saban waktu dan ketika, fikiran aktivis-aktivis gerakan hanya disibukkan merancang?"Bagaimana nak jatuhkan si fulan dan si fulan (saingan politiknya)", kerana ia tidak sama pendapat.


Atau ada juga yang memurnikan sedikit alasannya yang berbunyi,?"Demi kebaikan jamaah...",?"Demi masa depan jamaah..."?sebagai melindungi perkataan sebenar,?"Demi kebaikan aku..."?atau?"Demi masa depan politik aku...". Segalanya kerana pengaruh politik tanpa agama dan akhlak.?

Hitungan seharian dalam dunia politik hari ini ialah bagaimana mahu menang! Bagaimana mahu dapat undi Melayu dan non-Malay! Tetapi malang, sebahagiannya tidak memasukkan dalam hitungan mereka, bagaimana hendak mempertahankan Islam dan memenangkan Islam. Malah ada yang berani mengatakan jangan bercakap deras tentang Islam, kerana nanti kita kurang popular dan non-Muslim menjauhi kita.

Sebagai anggota gerakan Islam, kita tidak seharusnya prejudis terhadap Islam. Perjuangkan Islam nescaya Islam akan menambat hati nurani seluruh umat tanpa mengira bangsa, justeru Islam adalah agama wahyu untuk seluruh manusia. Keadilan Islam dan akhlaknya akan meruntun hati manusia walau pada mulanya mereka membenci Islam. Pentingnya kita mesti tegas bersama Islam.?



Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, sedang kita tidak berusaha untuk menjadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka.?Bangga meriwayatkan kesederhanaan dua orang tokoh pemimpin kita, tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan. Bangga dengan tawadhu' dan wara'nya mereka tetapi kita gopoh, liar dan tidak cermat. Bangga dengan karisma dan kewibawaan 2 orang tokoh tok guru ini, sementara kita sendiri sering culas dan "nakal".

Binalah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita membinanya. Pagarilah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita memagarinya.


Kalau kita tidak mampu menjadi seperti mereka berdua, ambillah contoh dan ikutlah qudwah mereka bukan menjatuh dan melemahkan mereka serta melaga-lagakan mereka!?Berjuang biarlah dapat pahala, jangan berjuang untuk menambah dosa. Berjuang biarlah ramai sahabat, jangan berjuang meramaikan musuh. Berjuang biarlah tenang, jangan berjuang menambah serabut. Berjuang biarlah damai, jangan berjuang untuk bergaduh.?


Berjuanglah, jangan tidak berjuang.

Perkasakan amal tarbawi agar ia menjadi tunjang kekuatan dan keutuhannya mendepani cabaran dan menyerap tekanan. Tanpa amal tarbawi atau perlaksanaan amal tarbawi yang lemah serta tidak konsisten, ia nanti bakal mengundang 1001 masalah dalaman yang mencetus konflik atau krisis. Besar kemungkinan segala konflik dan krisis dalaman itu berlarutan dan sukar pula diatasi ekoran dari lemahnya perlaksanaan amal tarbawi. Fahamilah kita berjamaah untuk Islam bahkan kita menyertai PAS adalah untuk mendaulatkan Islam. Bukan membina empayar individu, jauh sekali memburu kekayaan material. Lantaran itu, tidak sukar untuk kita memahami apa yang saya bangkitkan di sini.?Jangan tukar PAS dari sebuah "gerakan Islam" kepada PAS hanya sebuah "parti politik".

Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Re: TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA PAS mangsa kezaliman

maybank
564025400100

http://www.maybank2u.com.my

sila login dan transfer

untuk membantu mangsa ketidakadilan dan bencana

bantu keluarga imam hoslan yang akan dipenjarakan setahun

Friday, March 9, 2012

IKHLAS BERJUANG MENEGAKKAN AGAMA ALLAH (artikel)

BERJUANGLAH MENEGAKKAN AGAMA ALLAH - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


Allah Taala berfirman di dalam Al Quran (bermaksud),?"Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan..."?(Al Baqarah:195). Makna bagi ayat?"...mencampakkan diri ke dalam kebinasaan"?di sini ialah kamu tidak menjalankan tugas jihad. Tetapi ada manusia menyalahgunakan ayat ini. Mereka berkata, tidak ada gunanya kita berjuang untuk Islam, nanti kita akan dipenjarakan, ditukar tempat kerja atau dibuang kerja dan sebagainya sedangkan Allah Taala mengatakan,?"...Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan". Inilah cara bagaimana cakap-cakap yang berdalilkan ayat dengan cara yang salah kerana ayat ini mempunyai hubungan dengan menegakkan agama Allah Taala, bahkan orang yang tidak berani menegakkan agama Allah itulah orang yang mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan.

Diriwayatkan ketika orang-orang Islam berperang dalam rangka menawan kota Constantinople (Istanbul, Turki), tiba-tiba orang Islam berdepan dengan tentera Rom yang terlalu ramai. Ada antara orang Islam itu seorang pahlawan yang terlalu berani, menawarkan untuk masuk ke dalam pasukan tentera Rom yang ramai bersendirian walaupun akibatnya yang bakal diterima pasti dia dibunuh. Lalu orang ramai mengatakan,?"Kenapa sanggup membinasakan diri? Tidakkah Allah mengatakan dalam Al Quran; "...Jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan"?



Kebetulan di dalam peperangan tersebut ada seorang Sahabat Nabi yang umurnya telah menjangkau 80 tahun, namanya Abu Ayub Al Ansari R.A iaitu sahabat yang diberi kelebihan ketika Rasulullah S.A.W berhijrah, unta Baginda S.A.W telah berhenti di laman rumah Abu Ayub sebagai isyarat Baginda memilih rumahnya untuk bermalam di situ sebelum Baginda memiliki rumah sendiri di kota Madinah. Abu Ayub telah tua ketika bersama tentera Islam dalam peperangan menentang Rom.

Apabila Abu Ayub Al Ansari mendengar seseorang membaca ayat tersebut, dia naik radang sambil berkata,?"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah mentakwilkan ayat ini dengan takwil yang begitu rupa (pentakwilan yang menyeleweng). Sesungguhnya ayat ini diturunkan kepada kami golongan Ansar ketika kami telah mendapat ganjaran daripada Allah Taala, iaitu ketika Allah memenangkan agamaNya dan ramai orang yang menolong agamaNya. Maka berkatalah segelintir kami kepada segelintir yang lain. Kami berbisik sesama kami, dengan harapan hal itu tidak diketahui oleh Baginda Rasulullah S.A.W bahawasanya harta manusia sudah banyak; Kita ketinggalan dalam memajukan dan mengumpul harta benda kerana terlalu mementingkan jihad (di medan perang), kita tidak dapat menguruskan kebun dan perniagaan dengan baik (kerana asyik berjihad)".

"Sesungguhnya Allah memberi kemenangan kepada Islam dan orang yang menegakkan agama Islam sudah ramai, maka langkah sebaiknya kita semua tinggal di Madinah, tidak payah lagi berperang. Kita serahkan urusan jihad itu kepada orang lain kerana kita mahu membaiki dan menjaga kebun kita dan apa yang ketinggalan selama ini dalam harta benda, agar kita dapat mengatasinya semula".

"

Justeru, Allah Taala menurunkan ayat ini kepada Nabi-nya sebagai menolak apa yang kami katakan, "...Dan berbelanjalah kamu pada jalan Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan".

Abu Ayub R.A adalah seorang Sahabat yang berani, sekalipun dalam keadaan sakit beliau mewasiatkan supaya dikebumikan mayatnya di tepi kota itu (kota constantinople) dan melarang tentera Islam membawa pulang mayatnya ke Madinah. Ini kerana beliau mahu kuburnya dipijak oleh kuda-kuda tentera Islam yang meneruskan perjuangan Islam, menawan kota tersebut dari tangan musuh. Orang Islam berjihad beratus-ratus tahun lamanya untuk menawan kota Constantinople kerana kerajaan Rom Timur mempunyai teknologi yang kuat dan lebih daripada orang Islam. Mereka mempunyai berbagai-bagai senjata moden pada zaman itu antaranya mereka boleh melontarkan peluru api yang boleh bernyala di dalam air sehingga kapal-kapal tentera Islam terbakar.

Akhirnya Allah Taala memberi kurniaan kepada Sultan Muhammad Al Fateh iaitu Sultan kerajaan Islam Uthmaniyah yang memimpin tentera Islam dalam usia 20-an. Baginda diberi kelebihan yang dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W bahawa Baginda boleh menawan kota itu semula dan memimpinnya. Setelah kota itu ditawan orang Islam, mereka menukar namanya kepada Istanbul dan gereja Es Sophia (Aya Sophia)yang besar itu berhasil ditawan oleh orang Islam.


Patung-patung yang dibina di dalam dan persekitarannya di buang serta ia ditukar menjadi masjid yang agung hingga ke hari ini. Sehingga sekarang masjid itu dikenali dengan Masjid Al Fateh atau Masjid Es Sophia tetapi sayangnya apabila Mustafa Kamal Ataturk berkuasa di Turki, dia telah menjadikan masjid itu sebagai muzium. Tetapi alhamdulillah setelah orang Islam kembali sedar, muzium itu ditukar semula kepada masjid.

Berdasarkan kepada ayat yang ditafsirkan ini dan berdasarkan kepada riwayat Abu Ayub Al Ansari, orang Islam boleh menunjukkan keberanian sehingga ke peringkat mati menentang musuh yang lebih ramai jika sekiranya tindakan itu memberi semangat kepada tentera-tentera Islam yang lain. Memang berlaku di kalangan orang Islam apabila hatinya terlalu kuat hubungannya dengan Allah Taala, di hadapan matanya hanyalah balasan baik daripada Allah dan janjiNya. Apabila berlakunya hubungan langit dan bumi yang terlalu erat dan tidak ada pemisahan lagi, maka seseorang itu tidak akan takut lagi kepada mati.

Kesimpulannya, mencampakkan diri ke dalam kebinasaan ini ialah ditujukan kepada orang yang tidak berjihad dan tidak memberi sumbangan harta benda serta jiwa raganya untuk meninggikan agama Allah. FirmanNya yang bermaksud,?"Berbuat baiklah kamu, sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang berbuat baik"?(Al Baqarah:195). Di antara berbuat baik itu ialah membelanjakan harta benda kepada menegakkan agama Allah Taala dan sesungguhnya Allah amat suka dan kasih kepada orang-orang yang suka berbuat baik.?

BERJUANGLAH MENEGAKKAN AGAMA ALLAH @ TG HADI AWANG (artikel)

Thursday, March 8, 2012

Bangsa ATAU Agama...??

Kuliah Dhuha Baitul Qurro' wal Fuqoha oleh Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli Hj. Ismail pada 04.03.12. Kitab Tafsir Nurul Ehsan